Tuesday, January 5, 2016

Muzium Penjara Melaka

Assalamualaikum,
Nampaknya ini jadi first entry kak yong la ya. Dh lama kak yong bukak blog ni tapi tak da kesempatan nk menulis. Kak yong baru nk berjinak2 menulis blog....jgn gelakkan kak yong ya. .he..he...

Cuti sekolah baru2 ni kak yong & famili bercuti ke Melaka. Biasanya kami pergi cari laut...he..he....ye la nk nyejukkn otak yg dh krem bekerja /belajar. Kali ni tukar selera. Kami melawat bandar Melaka.

Di antara tempat yang kak yong rasa menarik adalah Muzium Penjara Melaka. Kami sampai awal....belum pukul 9.00, Pegawai penjara yg sambut kami tu bwk kami masuk sebelum sempat kami beli tiket (sbb kaunter belum bukak). Sarjan Rahmat yg budiman guide kami ke seluruh pelosok penjara & terangkn mcm2. Sarjan Rahmat ni sgt2 passionate dlm bidangnya walaupun tahun dpn nk pencen. Alangkah baiknya kalau semua pekerja mencintai kerja masing2. Tentu akan wujud masyarakat yg maju mcm Jepun. (Dlm entry lain nnti kak yong cerita psl Jepun pulak ya..)

Sarjan Rahmat tunjukkn berus & ubat gigi banduan.

Ini la berus gigi banduan...takda tangkai...sarung di jari je. Kata Sarjan Rahmat, tangkai berus gigi pun beh jadi senjata apabila banduan2 tu bergaduh.

Seperkara lagi yang menarik ttg Sarjan Rahmat ni, dia hanya cium minyak wangi utk redakan sakit kepala. U olls bayangkn la, dalam keadaan sakit kepala tu pun dia bersungguh2 bekerja....tk nmpk langsung dia terganggu sbb kena layan kami. Sekejap2 dia akan cium botol minyak wangi yg ada di tangannya. Positif sungguh sikap abg sarjan ni kan.... kak yong mmg respek lah. Susah nk jumpa kakitangan awam yang positif camni. 

Agak memeranjatkan kak yong bila melihat sel2 penjara yang sempit. Satu sel dimuatkan hingga 9 org & tiada tandas. banduan2 quarantin akan ditempatkan di sini sehingga tempoh tertentu utk memastikan dlm bdn mereka tiada dadah yg disembunyikan. Dalam bilik disediakan 2 tong najis bersaiz baldi kecik. satu tong untuk najis dan satu lg tong air utk mencuci. Kedua2 baldi itu tidak ditukar hingga jam 6pm. Bayangkan mereka berkongsi....cukup ke...?? Mmg tk cukup & kerap kali melimpah keluar & menghasilkan bau & keadaan yg amat menyiksakan. Fuhh...dasyatkan..!
TAPI itu dulu....penjara lama. Penjara sekarang lebih praktikal keadaannya...dh ada toilet dh la ni.

Kata Sarjan Rahmat, dulu ramai yg cuba bunuh diri kerana tertekan. Kesian pulak kak yong dgr... walaupun banduan tapi mereka jugak manusia. Hukuman zaman penjajah amat kejam.
Kami ditunjukkan jugak tempat 'sebatan' & gambar2 bekas sebatan.....mengerikan. satu sebat saja dh boleh mengoyakkan kulit punggung. Bayangkn bagaimana keadaan banduan yg kena berpuluh sebatan. 

Ok la u olls.......dipendekkan cerita, sebelum keluar, kami pun byr la tiket yg tk sempat beli awal td. Babai sana babai sini...salam sana...salam sini...kami bergerak ke tempat lain pulak. Utk Sarjan Rahmat, didoakan moga dipanjangkn umur dlm keadaan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki & dirahmati Allah sentiasa.

Pengalaman melawat penjara amat berkesan dijiwa. Kak yong cdgkn cikgu2 sekolah menengah elok sgt lah bwk pelajar ke sana. Moga mereka tak berani mencuba pelbagai aksi terlarang masa kini.

ok....sayonara........





No comments:

Post a Comment